Buscar

Thanks to Pengurusan Cmart Arau

Seperti yang dapat anda baca dalam entry Jualan di Cmart Arau, kami sepatutnya membuat jualan selama 7 hari di Cmart Arau tapi terpaksa dibatalkan atas masalah pertindihan tapak dengan peniaga lain.Walaupun agak kecewa dan terpaksa menanggung kerugian dengan meniaga selama 2 hari di tapak yang kurang strategik dan sedikit gelap yang berharga rm150 sehari, dan bukan di tapak seperti yang dijanjikan kepada kami semasa membuat tempahan dan bayaran, saya bersyukur dan ingin berterima kasih kepada Pengurusan Cmart Arau yang telah mengembalikan lebihan bayaran tapak kepada saya. Semoga perkara seperti ini tidak akan berulang lagi terutamanya kepada peniaga2 kecil seperti saya. Apa yang pasti, saya mendapat pengajaran dari kejadian ini...walaupun kita buat bayaran penuh hampir sebulan awal, itu bukan jaminan kita akan dapat tapak tersebut. tq.


1 comments:

Anonymous

Maaf saya bertanya..mcm ne kalau kita nak sewa tapak di cmart arau tu ye?siapa yg perlu kita hubungi?

Post a Comment