Buscar

Jualan di UiTM Arau, Perlis

Salam, InsyaAllah kalau tak ada aral, kami akan mengadakan jualan di UiTM Arau pada 1 hingga 3 Disember 2011 bermula jam 9.00 am hingga 10 pm.

Thanks to Pengurusan Cmart Arau

Seperti yang dapat anda baca dalam entry Jualan di Cmart Arau, kami sepatutnya membuat jualan selama 7 hari di Cmart Arau tapi terpaksa dibatalkan atas masalah pertindihan tapak dengan peniaga lain.Walaupun agak kecewa dan terpaksa menanggung kerugian dengan meniaga selama 2 hari di tapak yang kurang strategik dan sedikit gelap yang berharga rm150 sehari, dan bukan di tapak seperti yang dijanjikan kepada kami semasa membuat tempahan dan bayaran, saya bersyukur dan ingin berterima kasih kepada Pengurusan Cmart Arau yang telah mengembalikan lebihan bayaran tapak kepada saya. Semoga perkara seperti ini tidak akan berulang lagi terutamanya kepada peniaga2 kecil seperti saya. Apa yang pasti, saya mendapat pengajaran dari kejadian ini...walaupun kita buat bayaran penuh hampir sebulan awal, itu bukan jaminan kita akan dapat tapak tersebut. tq.


Jualan di The Store 11-22 Nov 2011

Kami kembali membuat promosi di The Store Kangar (Kompleks Kayangan Square) !!!


Datang beramai-ramai dan dapatkan barangan kami dengan harga yang menarik..


Diskaun sehingga 30% bagi barangan terpilih...




Tarikh: 11 November 2011 - 22 November 2011


Tempat: Main Entrance The Store


Masa: 10.00 am - 10.00 pm




anda juga boleh menempah barangan daripada huruf-huruf dan aksesori comel seperti


-keychain bag/handphone (pelbagai design)


-rantai


-pin shawl


-gelang


-rantai tangan


-cincin


-rantai kucing