Buscar

Half moon Shawl

Salam customers.....
Hari ni baru saya ada kesempatan nak upload
pic half moon shawl...sorry sangat2..sebab banyak yang dah habis
tapi takpe nantikan stok baru sooooonnnn....
 
ok...untuk pengetahuan semua, half moon shawl ni dibuat dari
material chiffon yang berkualiti tinggi dan dihias dengan manik cantik.
Harga yang sangat berpatutan iaitu RM 79 sahaja.
tapi tak termasuk pos tau... heee =)
 
Untuk lebih pilihan klik bawah ni
 
 
trio =)

shawl ni sangat sesuai untuk nikah, kahwin, tunang...

sesuai untuk semua =)

 


Kami Nak Cuti soon.......

To all my BELOVED CUSTOMER!!!
Aini nak inform yang kami akan bercuti pada tarikh :

26 - 28 Oktober 2012  (Hari Raya Haji)

google image courtesy

6-8 November 2012  (nak pergi kursus jahit manik)
google image courtesy

so, aini n team Dazzling Aini nak minta maaf banyak2 ye...

Last Day Kursus...

Salam readersssss........
seperti yg saya cerita dalam entry semalam,
Setelah tiga hari berkursus...hari ni hari yang terakhir..
tapi saya macam nk kursus lagi spuloh hari bolehkahh??hahaha
banyak lagi nk kena belajar pasal blog ni...
so, sy kena lah start explore sendiri lepas habis kursus ni...
hope dapat hasilkan blog yang menarik untuk jenama Dazzling Aini ni...
dan juga dapat menambat hati uolllssss semua untuk 
terus mengikuti perkembangan bellllok blog sy ni....
tq guysss... 

salam senyum untuk hari ini :-)

4 B untuk hari ini : Bila Belog Berwajah Baru...hiiihi

Assalamualaikum....
hai uolss....hari ni saya nak buat COMEBACK lah...
hahahaha ala-ala artis
okeh, hari ni hari kedua kursus pembinaan blog...
sy akan ambil masa sikit untuk tukar sana tukar sini...
so, ni salah satu task yg diberikan oleh trainer... 
cara-cara nak buat entry tapi sy x dpt nk taip byk hari ni 
so nt sy cerita lg ye... 

google image courtesy
salam comeback dari team D.A :)


Kenapa tak update pun blog ni???

Assalamualaikum....Pihak Dazzling Aini Enterprise ingin memohon maaf kepada pelanggan yang telah berkunjung ke blog kami. Kami terpaksa menangguhkan operasi jualan secara online buat sementara waktu. Namun begitu jualan secara offline(jualan di kiosk) tetap diteruskan seperti biasa.
Kami amat-amat memohon maaf kepada pelanggan yang tertunggu-tunggu update dari kami.huhu...
maaf sangat2 tau.....

Baju Kurung Raya!!!

Kepada semua pelanggan yang dihormati,
team Dazzling Aini ingin mengucapkan
SELAMAT BERPUASA !!walaupun dah nak masuk 3 Ramadhan..huhu

Sempena Ramadhan ini, Dazzling Aini akan menjual Baju Kurung Pahang dari material cotton yang berkualiti. Bagi yang ingin tampil glamor bolehlah membeli baju kurung corak terkini yang bertatah manik berkualiti dengan design menarik. 
Bagi mereka yang suka tampil ringkas tapi bergaya juga tidak ketinggalan..ada juga pilihan baju kurung pelbagai corak tanpa sulaman manik.

Jadi jangan lupa datang ke Kiosk kami yang terletak di Kompleks Kayangan Square, Kangar Perlis. 
(beroperasi 11.30 am-6.00 pm)


Japanese Cotton

Sold Out

Available

Available
Available
Available
Available
Sold Out
Sold Out
Available
Available
Sold Out
Sold Out

Available

Promosi 5 dan 6 Mei !!!

Assalamualaikum, semua...Dazzling Aini akan buat jualan di Main Entrance The Store,
 Kayangan Square, Kangar pada 5/5/2012 hingga 6/5/2012 ini...(Sabtu & Ahad)
yang bestnya untuk 2 hari ni pihak Dazzling Aini akan buat promosi dan potongan harga bagi barangan terpilih...so datang tau...
harga special untuk 2 hari ni je... =)


D.A di Expo Usahawan dan Karnival Pendidikan Mara

Salam...
Dazzling Aini akan membuat jualan di Tapak 24 Expo Usahawan dan Karnival Pendidikan Mara Negeri Perlis. Datang beramai-ramai ye!! TQ!
Tarikh : 29 Mac hingga 1 April 2012.
Masa : 10 am - 10 pm
Tempat : Perkarangan Kompleks Mara, Kangar, Perlis.
Dapatkan kain cotton berkualiti, Tudung Bawal Plain,
Bawal Two Tone, dan Baju Kurung Manik.

JUALAN LAGI DI THE STORE (5/3/12-21/3/12)

Salam semua...


Dazzling Aini kembali membuat jualan di main entrance The Store, Kangar Perlis


pada 5 Mac 2012 hingga 21 Mac 2012 ini.


InsyaAllah, bermula pada jam 10 pagi hingga 10 malam.


Barangan yang boleh anda dapati termasuklah


=kerongsang(yang kecil2 je),


=inner syria (cotton yang lebar dan mudah dibentuk)


=inner neck cotton awning keras


=inner neck cotton awning lembut


=Tudung bawal (plain)


=Tudung bawal (two tone)


=Tudung Siti(material=chiffon)


=Shawl




Silalah berkunjung ke booth kami dan anda juga




menjual produk2 dari Dazzling Aini!!


(Kiosk dibuka dari Isnin hingga Sabtu)


Sekian...TQ!


KIOSK di Kayangan Square!!


Salam.Sukacita dimaklumkan Dazzling Aini kini berada di Kiosk di pintu masuk belakang Kayangan Square. Jadi kepada pelanggan yang berkunjung ke The Store tu sila lah jenguk2 kiosk Dazzling Aini. Dibuka dari Isnin hingga Sabtu, 11.30 a.m hingga 6 p.m. Antara produk yang dijual termasuklah baju kurung, anak tudung syria cotton, key chain nama, manik dan kristal. Tempahan jahitan manik dan aksesori kristal juga boleh dibuat di Kiosk Dazzling Aini.

Jualan di UiTM Arau 6-12 Febuari 2012

Salam.Dazzling aini kembali membuat jualan di sekitar Anjung Siswa UiTM Arau Perlis (Mushroom) bermula 6 Febuari hingga 12 Febuari 2012. Antara produk yang dijual termasuklah key chain nama, kerongsang, shawl, dan inner cotton.

Dazzling Aini di UiTM Arau 13-15 Jan 2012



Salam. Buat semua pelajar-pelajar uitm Arau, sila lah berkunjung ke gerai kami pada 13-15 Januari 2012 ini. Antara produk yang akan saya jual termasuklah anak tudung syria yang mudah dibentuk, key chain huruf yang comel, kerongsang dan pakaian. Pada tarikh ni juga, Dazzling Aini turut buat jualan di Main Entrance The Store Kangar(13-28 Januari 2012). So bagi sesiapa yang berada di sekitar kangar bolehlah singgah di tapak jualan di The Store ya...tq. =)





Anak tudung cotton yang mudah dibentuk dengan pelbagai pilihan warna








Jualan di The Store Kangar, Perlis (13-28 Jan 2012)

Salam, Dazzling Aini akan buat jualan selama 16 hari bermula 13 Januari 2012 hingga 28 Januari 2012. Bertempat di ruang legar main entrance The Store Kangar.