Jualan di UiTM Arau, Perlis
Salam, InsyaAllah kalau tak ada aral, kami akan mengadakan jualan di UiTM Arau pada 1 hingga 3 Disember 2011 bermula jam 9.00 am hingga 10 pm.
Thanks to Pengurusan Cmart Arau
Seperti yang dapat anda baca dalam entry Jualan di Cmart Arau, kami sepatutnya membuat jualan selama 7 hari di Cmart Arau tapi terpaksa dibatalkan atas masalah pertindihan tapak dengan peniaga lain.Walaupun agak kecewa dan terpaksa menanggung kerugian dengan meniaga selama 2 hari di tapak yang kurang strategik dan sedikit gelap yang berharga rm150 sehari, dan bukan di tapak seperti yang dijanjikan kepada kami semasa membuat tempahan dan bayaran, saya bersyukur dan ingin berterima kasih kepada Pengurusan Cmart Arau yang telah mengembalikan lebihan bayaran tapak kepada saya. Semoga perkara seperti ini tidak akan berulang lagi terutamanya kepada peniaga2 kecil seperti saya. Apa yang pasti, saya mendapat pengajaran dari kejadian ini...walaupun kita buat bayaran penuh hampir sebulan awal, itu bukan jaminan kita akan dapat tapak tersebut. tq.
Jualan di The Store 11-22 Nov 2011
Kami kembali membuat promosi di The Store Kangar (Kompleks Kayangan Square) !!!
Datang beramai-ramai dan dapatkan barangan kami dengan harga yang menarik..
Diskaun sehingga 30% bagi barangan terpilih...
Tarikh: 11 November 2011 - 22 November 2011
Tempat: Main Entrance The Store
Masa: 10.00 am - 10.00 pm
anda juga boleh menempah barangan daripada huruf-huruf dan aksesori comel seperti
-keychain bag/handphone (pelbagai design)
-rantai
-pin shawl
-gelang
-rantai tangan
-cincin
-rantai kucing
Jualan di Cmart Arau
PENGUMUMAN!!!
DUKACITA DI MAKLUMKAN,KAMI TERPAKSA MENGHENTIKAN JUALAN DI PASARAYA CMART ARAU DENGAN SERTA MERTA MEMANDANGKAN PIHAK PENGURUSAN TELAH MENGGANTIKAN PENIAGA LAIN DI TAPAK YANG SUDAH DIJANJIKAN DAN DIBAYAR OLEH KAMI TANPA DIMAKLUMKAN LEBIH AWAL.
KAMI DIJANJIKAN LAGI AKAN DAPAT SEMULA TAPAK TERSEBUT PADA KEESOKANNYA NAMUN PADA HARI KETIGA, KAMI MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MENARIK DIRI MEMANDANGKAN PIHAK PENGURUSAN MASIH TIDAK MENUNAIKAN JANJI MEREKA. PIHAK KAMI PADA KETIKA INI HANYA MAMPU BERHARAP AGAR WANG BAYARAN TAPAK SELAMA SEMINGGU YANG TELAH KAMI BAYAR SEMASA PROSES TEMPAHAN TAPAK AKAN DIKEMBALIKAN MENGIKUT JANJI MEREKA.SEMOGA KALI INI MEREKA AKAN MENUNAIKAN JANJI. KAMI MEMOHON MAAF KEPADA PELANGGAN YANG BERCADANG UNTUK BERKUNJUNG KE GERAI KAMI DI CMART ARAU KERANA KAMI TELAH MENAMATKAN PROMOSI PADA HARI INI(22 oktober 2011),IAITU LEBIH AWAL DARI TARIKH YANG SEPATUTNYA.
DENGAN RASA RENDAH DIRI, SEKALI LAGI PIHAK KAMI MEMOHON MAAF KEPADA PELANGGAN-PELANGGAN YANG DIHORMATI.
Entry terdahulu:Datang beramai-ramai ke Jualan Dazzling Aini di Cmart Arau, Perlis.
Tarikh : 20/10/2011 hingga 26/10/2011
Masa : 11 am-1opm
Tempat : Ruang Legar tingkat bawah
Jualan lagi di The Store...
Salam....
Dazzling Aini akan buat jualan lagi di The Store Kangar..
datang ramai-ramai ye....tq.
tarikh: 23 September 2011 - 5 Oktober 2011
masa: 10 am - 10 pm
tempat: ruang legar The Store, Bangunan Kayangan Square(main entrance)
Jualan Ramadhan
Kami kini berada di ruang legar The Store Kangar.
sampai 16 haribulan ni je...
so datang lah ramai2 ye....
boleh dapatkan tudung, kerongsang dan lain-lain lagi...
*promosi kerongsang kecil 11 biji untuk hanya RM 10.
We will be @The Store 14-15 June 2011
Salam semua...
Dazzling Aini akan membuat jualan pada 14 dan 15 Jun 2011 di main entrance The Store Kangar, Perlis.
Datang beramai-ramai ye...tq.
Dazzling Aini akan membuat jualan pada 14 dan 15 Jun 2011 di main entrance The Store Kangar, Perlis.
Datang beramai-ramai ye...tq.
Subscribe to:
Posts (Atom)